DreamTheater AutoClub ini merupakan pertubuhan yang ditubuhkan untuk mengabungkan satu unit penjana yang mampu mengerakkan industri ini ke satu arah global komuniti yang berkaliber. Tumpuan penubuhan adalah menarik minat para belia untuk menceburi bidang ini dengan lebih efektif dan berbudaya saing yang sihat.Selain, menerajui aktiviti-aktiviti berkonsepkan sukan permotoran yang sebelum ini tidak mempunyai haluan yang disarankan kerajaan.
Penubuhan ini akan melakukan pembaharuan bagi para belia untuk menggunakan kelebihan yang ada dengan menganjurkan aktiviti yang sah di bawa undang-undang kerajaan. Ini sekaligus memberi satu impak yang besar kepada kerajaan bagi mengurangkan kegiatan aktiviti yang tidak bermoral seperti menganjur perlumbaan haram yang akhirnya membawa padah kepada individu serta masyarakat. Malah, akan membawa kemusnahan masa depan mereka. Dengan itu, pertubuhan ini akan cuba mencari seberapa banyak iktihar bagi membetulkan situasi demi para belia yang bakal menjadi pemimpin negara masa depan.
Peraturan-peraturan yang dibentuk oleh pertubuhan ini juga mampu membentuk para belia untuk mematuhi undang-undang. Ini penting bagi mendisiplinkan para belia daripada melakukan kesalahan dan sekaligus imej para belia tidak akan tercemar , lebih-lebih lagi persepsi masyarakat terhadap belia yang berkecimpung dalam pengiat sukan permotoran ini.
Untuk memastikan pertubuhan ini ditubuhkan dapat diaplikasikan sebaik mungkin, pihak ahli jawatankuasa akan bertindak lebih efeksyen , bijak berkomunikasi dan setiasa memupuk sifat rasional. Disamping tegas dalam mematuhi segala undang-undang yang mampu menerapkan nilai-nilai murni kepada para belia agar tidak mensia-siakan dunia sukan permotoran ini.
Oleh itu, kerjasama antara semua pihak amatlah diperlukan dalam merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan daripada badan-badan kerajaan mahupun swasta, maka saya-sialah perjuangan dari sebelah pihak yang mempunyai azam yang jitu untuk menaikkan martabat negara. Bak pepatah melayu bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Man Cheers
http://dreamtheatersoulunity.ning.com